Oleh: ewon | Januari 24, 2008

bag:2 (dua) sipat 20

Sifat Nafsiyah, sifat Salbiyah, Sifat Ma’ni dan sifat Ma’nawiyah dan pada peringkat Muntahi Ilmu ini di bahagikan kepada dua yaitu sifat Istiqna dan sifat Iftiqor yang diimani hamba melalui peraturan tauhid Rububiyah,tauhid Uluhiyah dan tauhid Ubudiyah.

  Tauhid Rububiyah Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Ubudiyah dalam peraturan sifat Istiqna dan iftiqor

Tauhid Rububiyah:

Allah meletakan dihati hamba kepercayaan tentang adanya Dia,tauhid rububiyah juga bermaksud dari Allah kepada hamba

Sifat isitqna yang menjurus kepada Tauhid Rububiyah

Wujud Qidam, Baqa’, Mukhalafatuhulil Hawadis, Qiyamuhubinafsihi,

Melalui sifat sifat yang hanya wajib bagi Allah itu sekiranya

wujudNya tidak mengharapkan kepada satu kuasa lain untuk mengwujudkanNya,Qidam,sedia tidak bermaksud perlu kepada kuasa lain untuk menyediakan adaNya , Baqa’ tidak bergantung kepada kepada satu kuasa yang lain untuk membuatkan Dia kekal , Mukhalafatuhulil Hawadis,tiada ada sesuatu pun yang  sepertiNya, Qiyamuhubinafsihi,berdiri Dia dengan sendirinya tidak mengharapkan kuasa lain selain kaya ZatNya berdiri Dia dengan sendirinya. Sama’,Basar,Kalam di perhatikan melalui peraturan tauhid uluhiyah.

Tauhid Uluhiyah :

Setelah  hamba mengesakan Allah pada Zat maka wajib juga hamba itu mengesakan Allah pada sifat dengan cara dan bicara yang tidak menjirim dan menjisimkan sifat-sifat yang hanya wajib bagi Allah dengan segala sesuatu dan wajib lah hamba itu tunduk kepada segala yang telah di perintahkan kepada mereka.Tauhid uluhiyah ini juga bermaksud taat hamba menjunjung titah perintah Allah dan Rasul .

Sama’,Basar,Kalam

Kaya Zat Allah bediri IA dengan sendirinya: Sama’ tidak memerlukan kepada telingan untuk mendengar, Basar tidak memerlukan mata untuk melihat, Kalam Tidak memerlukan mulut untuk berkata kata.

Apabila seseorang itu hanya memikirkan tentang zat maka terlepaslah mereka dari memikirkan tentang sifat.Tauhid Uluhiyah ini hanya terdapat didalam agama Islam yang mana tidak terdapat didalam agama lain

Tauhid Ubudiyah: Berkaitan tauhid Afaal atau esa Alah pada afaal,maka harus saja bagi Allah menjadikan hamba dalam peraturan sifat qudrat dan iradat sifat iradatNya yang tidak dikeranakan oleh sesuatu kerana

Dilihat semula pada sifat Istiqna ada 11 wajib dan 3 harus;

1.      Wujud 2.       Qidam, 3.      Baqa’, 4.      Mukhalafatuhulil Hawadis, 5.      Qiyamuhubinafsihi, 6.      Sama’ 7.      Basar 8.      Kalam 9.      Kaunuhu Samiun 10.  Kaunuhu Basirun 11.  Kaunuhu Mutakalima

Ada 3 sifat yang harus bagi Allah setelah sifat Isntiqna  dapat diperhatikan dan di imani oleh ahli ilmu Usulluddin yang benar benar faham akan maksud tauhid Rububiyah Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Ubudiyah.

1.   Allah tidak mengharapkanfaedahpada setiap perbuatanNya,sekiranya Allah mengharapkan feadah dari setiap perbuatanya maka tidaklah Dia bersifat dengan sifat Isntiqna.Maka harus saja bagi Allah buat sesuatu itu baik atau buruk yang mana tidak akan mendatangkan mafaat atau mudarat pada Nya.(Mustahil Allah mengharapkan faedah dari setiap apa yang dijadikanNya lawanya mengharapkan faedah dari setiap apa yang dijadikanNya)

2.      Harus saja Allah menjadikan Alam ini;Bermaksud tidak wajib Allah jadikan Alam ini ,kerana sekiranya wajib Allah menjadikan Alam ini bermakna tidaklah Dia bersifat dengan sifat Istiqna sebab memerlukan kepada Alam untuk menyempurnakan sifatNya (Tidak wajib Allah menjadikan Alam ini lawanya wajib Allah menjadikan Allah menjadikan Alam ini)

3.      Sifat kaenat atau setiap apa jua yang Allah jadikan tidak memiliki kuasa walau pun sebesar zaarah lawan nya sifat kaeanat memberi bekas, tidak masuk akal segala yang bersifat baharu ada daya dan upayanya sendiri

Setelah dapat diperhatikan   11 sifat Istiqna yang menunjukan kaya Zat Allah berdiri Dia dengan sendirinya dan 3 harus  ,sama sama kita perhatikan pula 9 sifat Iftiqor atau kaya Zat Allah memerlukan hamba kepadaNya dan 2 harus

Wahdaniah:Hamba bermohon rahmat dan belas kasihan atau tempat pergantungan hamba tidak selain dari Allah tuhan yang esa.Sekiranya Allah itu berbilang bilang sudah pasti sukar untuk hamba memohon pada tuhan mana satu yang mampu memperkenanakan permohonan hamba itu.

Qudrat ;Tempat pergantungan hamba mestilah pada yang berkuasa, Iradat:Berkehendak untuk menunaikan permohonan hamba Ilmu: Yang berilmu sudah pasti tempat hamba memohonkan petunjuk kepada jalan yang diredhoi Hayat,Yang hidup tidak mati mati ada lah tempat yang selayaknya hamba itu bergantung

Kaunuhu Qodirun: Keadaan hal Allah yang sentiasa berkuasa tidak kelihatan ada pada hamba kuasa dalam melaksanakan apa apa jua perintah Allah

Kaunuhu Muridun:Keadaan hal Allah sentiasa  berkehendak mengikut perturanNya semata mata, tidak didahului oleh kehendak hamba sendiri walau pun hanya sebasar zarrah. Kaunuhu Alimun:Keadaan hal Allah sentiasa berilmu tidak terkecuali pada seekor semut yang membuat sarang

Kaunuhu Hayyun:Keadaan hal Allah sentiasa hidup tidak terkecuali dari segala kehidupan yang diAlamNya ini

Sifat iftiqor dan dua sifat harus

  1. Wahdaniah
  2. Qudrat
  3. Iradat
  4. Ilmu
  5. Hayat
  6. Kaunuhu Qodirun
  7. Kaunuhu Muridun
  8. Kaunuhu Alimun
  9. Kaunuhu Hayyun

2  Sifat yang harus dalam peraturan sifat Iftiqor

1.      Baharu sekelian alam ini lawan nya qadim,mustahil selain dari sifat yang hanya wajib bagi Allah bersifat  qadim ,kerana yang demikian  tidaklah yang sama sifatnya itu memerlukan Allah tempat dia mengharapkan limpah kurnia Allah swt. 2.      Sifat kaenat tidak memiliki daya dan upaya sendiri,sekiranya ada pada sifat kaenat itu daya dan upaya sendiri tidak lah  keadaan hal Allah yang sentiasa berkuasa dan berkehendak itu boleh diterima akal kerana telah ada selain Allah yang berkuasa dan berkehendak dalam melaksanakan sesuatu hal.

Telah pun kita perhatikan bersama 11 sifat Isitqna dan 3 harus ,9 sifat iftiqor dan 2 harus keseluruhanya berjumalahnya= 25 dan lawan pada sifat tersebut =25. Bemakna pada peringkat ini mereka telah berada dipersekitaran 50 aqidul iman.

Pada rukun iman terdapat 4 aqoid dan lawannya juga ada 4=8aqoid:

1

Percaya pada malaikat 1 Tidak percaya pada malaikat
2 Percaya pada kitab 2 Tidak percaya pada kitab
3 Percaya pada rasul 3 Tidak percaya  pada rasul
4 Percaya pada hari kiamat 4 Tidak percaya pada hari kiamat

 

 

Sifat Rasul 4 wajib 4 mustahil  1 harus iaitu harus rasul itu bersifat sepertimana manusia baisa lawannya 1 harus iaitu : harus juga Rasul itu bersifat dengan sifat ketuhanan, kesemuanya berjumlah 10 aqoid

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (3:102)

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)

(22:77)

semoga bermanfaat bagi kita

 garoet :23 rayagung 1428H

sumber: tijan durori +cara-ciri alilmu

by:ogin shine


Kategori

%d blogger menyukai ini: